SELAMAT MENCUBA

Kepada penggemar masakan ala kampung. Bolehlah mencuba masakan yang berasal dari timur,selatan dan utara. Terdapat pelbagai jenis resipi telah disediakan untuk tatapan anda semua.

RESIPI ALA KAMPUNG HAFIZATUL TURUN TEMURUN

Thursday, April 8, 2010

ASAM PEDAS IKAN PARI HAFIZATUL


1/2 kg ikan pari (boleh di gantikan dgn ikan lain)
5 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan di hiris
2 biji tomato di belah dua
4 biji kacang bendi
asam jawa secukupnya garam dan gula
minyak untuk menumis
Bahan Untuk Di Tumbuk
13 tangkai cili kering - jika suka pedas tambah lagi
9 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
sedikit belacan - boleh di bakar dulu jika suka
1-3 batang serai di titik
Caranya
1. Ikan di potong dan di bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang di tumbuk. Goreng hingga wangi.
3. Masukkan daun kesum, bunga kantan, serai, air asam jawa dan air secukupnya. Biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan dan garam serta sedikit gula secukup ras. Biarkan mendidih.
5. Kemudian masukan tomoto dan kacang bendi.

***Tips****

1. Selain daun kesum atau bunga kantan, letakkan beberapa helai daun kari pun boleh mewangikan masakan.
2. Menambahkan sesudu kecil halba juga boleh menambah perisa asam pedas anda.

No comments:

Post a Comment